MISZVR d LEARNER
future believer!! Blogging warming up!!
Faith, Hope & Love

How To Use the Word of "BAH"

The following entry will be posted in Bahasa Malaysia because I copied it from one of my friend's Facebook status and it is solely belong to this friend of mine. Thanks for reading it.

p/s :
1. Good for those who ever planned to use this word but don't know how to use it correctly.
2. Written specially for those who using the word of "BAH" wrongly. Please correct your mistakes.
Beginilah bah cara menggunakan 'bah', supaya tidak bikin malu bah!

full credits to this image

"Bah" merupakan satu perkataan yang paling istimewa buat masyarakat Sabah. Penggunaan "bah" dalam setiap pertuturan masyarakat Sabah inilah yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai. Kata tambah "bah" mempunyai fungsi tertentu.


(A) Berikut merupakan cara pengunaan "bah" yang BETUL:
1) Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata
BM Sabah: Iya bah!
BM piawai: Yalah!

2) Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Selalunya digunakan pada permulaan kata.
Contoh ayat:
BM Sabah: Bah, kamu pigilah dulu!
BM piawai: Kamu pergilah dulu!

3) Memberi maksud sudah, atau penghabis kata. Pengganti dalam bahasa Melayu
ialah "Baiklah", atau "Begitulah".
Contoh ayat:
BM Sabah: "Boboi, nanti ko pigi beli beras di kadai sana!" Boboi menjawab, "Bah!"
BM piawai: "Boboi, nanti pergi beli beras di kedai sana!" Boboi menjawab, "Baiklah!"

4) Menguatkan lagi sesuatu perkataan.
Contoh ayat:
BM Sabah: Ko datang dari KL bah kan? Awal lagi bah ni! Sejuk bah ni air!
BM piawai: Awak datang dari KL lahkan? Awal lagilah ni! Sejuklah air ni!

Pengunaannya "bah" sangat unik di kalangan masyarakat Sabah. Walau bagaimanapun perkataan "bah" ini sering disalah ertikan oleh masyarakat selain Sabah. 



(B) Berikut merupakan cara pengunaan "bah" yang SALAH:



Mari kita menghayati dan renungi penyalahgunaan "BAH" dalam ayat-ayat ini:
1. "Apa kabar bah?" SALAH dan sepatutnya "Apa khabar?" sudah memadai.

2. "Sudah makankah bah?" SALAH dan sepatutnya "Sudah makan? sudah memadai atau "Sudah makan bahkan?" juga boleh digunakan.

3. "Bila balik bah?" SALAH dan sepatutnya "Bila balik?" sudah memadai.



Berhati-hatilah menggunakan "bah" sebab bunyinya mungkin menjadi aneh dan jelek didengar. Maka dengan itu, marilah menggunakan Bahasa Sabah yang betul. Jangan cuba memalukan diri dengan kononnya menggunakan Bahasa Sabah tetapi sebenarnya salah. Tak salah kalau salah cakap sebab ianya langkah mula untuk belajar. Bahasa jiwa bangsa. Selamat belajar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up